skhosba.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skhosba@zoom-a.com

| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | PERASMIAN | SEJARAH | PANORAMA | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | BERITA TERKINI | KOKURIKULUM | ENROLMEN PELAJAR | KURIKULUM | MARQUEE | PIBG | SEJARAH | SEJARA | KEPUTUSAN UPSR |





SEJARAH SEKOLAH

Sejarah Sekolah Hosba dipetik dari Buku Secebis Sejarah Sekolah Melayu Hosba Karya Tan Sri Dato Haji Zahir bin Ismail

GURU BESAR YANG PERTAMA

Asalnya sebuah bangunan lama yang berdindingkan pelupuh, beratap nipah dan bertiangkan kayu balak. Lantainya tanah yang akan berdebu bila selalu dipijak.Pada masa itu semua pelajar berkaki ayam dan beralaskan debu. Bangunan ini dibina di atas tapak berhampiran Masjid Hosba.Sekolah Kebangsaan Hosba ditubuhkan pada tahun tahun 1924 M bersamaan 1343 H.

Kini tapaknya telah diubah ke tempat yang ada sekarang yang dahulunya adalah sebuah belukar dan kebun getah yang keluasannya 35 relung kepunyaan seorang tauke Cina. Bangunan baru yang dibina diperbuat separuh simen hingga ke tingkap.Tiada bekalan elektrik dan air

Tuan Haji Ismail bin Yahya iaitu ayahanda kepada Tan Sri Dato Mohamed Zahir bin Ismail adalah Guru Besar pertama sekolah ini. Beliau berasal dari Pulau Ketam, Jitra. Antara guru-guru yang bertugas pada masa itu ialah Cikgu Yuinus, Cikgu Mat “Jarum”, Cikgu Chik ,Cikgu Ibrahim “Uban” dan Cikgu Karim. Semua guru-guru ini telah kembali ke rahmatullah.

Pada masa itu tidak ramai murid yang memasuki sekolah pada setiap awal tahun. Sekolah Hosba hanya menerima 30 orang pelajar lelaki sahaja. Anak perempuan tidak dihantar untuk bersekolah. Bahkan guru perempuan pun belum ada.

Pada ketika itu semua sekolah di Kedah diberi tanggungjawab kepada seorang pegawai Inggeris bernama E. dela M. Stowell. Beliaulah yang menjalankan dasar pelajaran dan mengambil sebarang tindakan mengikut budi bicaranya sendiri.

Pada masa itu murid-murid tidak memakai pakaian seragam dan tidak berkasut. Ada yang memakai seluar pendek, berkemeja dan ada yang memakai baju teluk belanga dan berkain pelikat. Murid-murid kebanyakannya bertutur Bahasa Melayu loghat Thai. Ada murid Melayu yang amat fasih Bahasa Thai. Ini kerana dalam abad ke 18 Kedah adalah di bawah pemerintah Thai. Sebab itulah nama-nama kampung persekitaran sekolah ada yang dalam bahasa Thai antaranya Kg. Natoi, Nongka, Mokkan (semut gatal) dan Hosba bermaksud “Kepala Sintuk”.

Ketika itu Sekolah Hosba kerap mendapat kemenangan dalam senaman (gimrama) bagi Daerah Kubang Pasu. Selain itu sering mendapat kejayaan cemerlang dalam pertandingan bola sepak peringkat daerah. Hanya sekali menjadi johan Bola Sepak peringkat Negeri Kedah pada tahun 1935. 

Pelajaran-pelajaran yang diajar tidak banyak iaitu Kira-kira, membaca Jawi, membaca Rumi, Tulisan Jawi, Tulisan Rumi dan Ilmu Alam. Murid-murid menulis di atas papan batu.Kalam batu digunakan sebagai pensil.

Kini, segala-galanya telah berubah. Bangunan-bangunan tambahan dibina cukup dengan segala prasarana. Walaupun begitu bangunan asal (lama) masih ada dan telah dinaiktaraf, digunakan sebagai Dewan Sekolah.

Pelbagai kemudahan telah diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk pelajar yang kini mempunyai 19 kelas bagi menampung 615 orang pelajar.Tahun 2007 Sekolah Kebangsaan Hosba terlibat dalam perluasan kelas Pra sekolah.Warga sekolah terdiri dari 35 orang guru, 4 orang guru j-QAF dan 8 orang bukan kakitangan guru.




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat:



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: