skhosba.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skhosba@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | PERASMIAN | SEJARAH | PANORAMA | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | BERITA TERKINI | KOKURIKULUM | ENROLMEN PELAJAR | KURIKULUM | MARQUEE | PIBG | SEJARAH | SEJARA | KEPUTUSAN UPSR |

SEJARAH SEKOLAH

                                                  

 

Sejarah Sekolah Hosba dipetik dari Buku Secebis Sejarah Sekolah Melayu Hosba Karya Tan Sri Dato Haji Zahir bin Ismail  

 

                          

 

           GURU BESAR YANG PERTAMA

 

Asalnya  sebuah  bangunan  lama  yang  berdindingkan  pelupuh, beratap nipah  dan  bertiangkan  kayu  balak. Lantainya  tanah  yang akan  berdebu  bila  selalu  dipijak.Pada  masa  itu  semua  pelajar  berkaki ayam  dan  beralaskan debu. Bangunan ini  dibina  di atas  tapak berhampiran  Masjid Hosba.Sekolah  Kebangsaan Hosba  ditubuhkan pada  tahun  tahun  1924 M bersamaan 1343 H.

Kini  tapaknya  telah  diubah  ke tempat  yang  ada  sekarang  yang dahulunya  adalah  sebuah  belukar  dan  kebun  getah  yang  keluasannya  35 relung  kepunyaan  seorang  tauke  Cina. Bangunan  baru  yang  dibina  diperbuat  separuh  simen  hingga  ke tingkap.Tiada  bekalan  elektrik  dan  air

                                                  

   

      Tuan  Haji  Ismail  bin  Yahya  iaitu  ayahanda  kepada  Tan  Sri  Dato  Mohamed  Zahir  bin  Ismail  adalah  Guru  Besar  pertama  sekolah  ini. Beliau  berasal dari  Pulau  Ketam, Jitra. Antara  guru-guru yang  bertugas  pada  masa  itu  ialah  Cikgu Yuinus,  Cikgu  Mat  “Jarum”, Cikgu  Chik ,Cikgu  Ibrahim  “Uban”  dan  Cikgu  Karim. Semua guru-guru ini   telah  kembali  ke  rahmatullah.

       Pada  masa  itu  tidak  ramai  murid  yang  memasuki sekolah pada setiap awal tahun.  Sekolah Hosba hanya menerima 30 orang pelajar lelaki sahaja. Anak perempuan tidak dihantar untuk bersekolah.  Bahkan guru perempuan pun belum ada.

       Pada ketika itu semua sekolah di Kedah diberi tanggungjawab kepada seorang pegawai Inggeris bernama E. dela M. Stowell. Beliaulah yang menjalankan dasar pelajaran dan mengambil sebarang tindakan mengikut budi bicaranya sendiri.

            Pada masa itu murid-murid tidak memakai pakaian seragam dan tidak berkasut. Ada yang memakai seluar pendek, berkemeja dan ada yang memakai baju teluk belanga dan berkain pelikat. Murid-murid kebanyakannya bertutur Bahasa Melayu loghat Thai. Ada murid Melayu yang amat fasih Bahasa Thai. Ini kerana dalam abad ke 18 Kedah adalah di bawah pemerintah Thai. Sebab itulah nama-nama kampung persekitaran sekolah ada yang dalam bahasa Thai antaranya Kg. Natoi, Nongka, Mokkan (semut gatal) dan Hosba bermaksud “Kepala Sintuk”.

     Ketika itu Sekolah Hosba kerap mendapat kemenangan dalam senaman (gimrama) bagi Daerah Kubang Pasu. Selain itu sering mendapat kejayaan cemerlang dalam pertandingan bola sepak peringkat daerah. Hanya sekali menjadi johan Bola Sepak peringkat Negeri Kedah pada tahun 1935.   

           

            Pelajaran-pelajaran yang diajar tidak banyak iaitu Kira-kira, membaca Jawi, membaca Rumi, Tulisan Jawi, Tulisan Rumi dan Ilmu Alam. Murid-murid menulis di atas papan batu.Kalam batu digunakan sebagai pensil.

            Kini, segala-galanya telah berubah. Bangunan-bangunan tambahan dibina cukup dengan segala prasarana. Walaupun begitu bangunan asal (lama) masih ada dan telah dinaiktaraf, digunakan sebagai Dewan Sekolah.

         Pelbagai kemudahan telah diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk pelajar yang kini mempunyai 19 kelas bagi menampung 615 orang pelajar.Tahun 2007 Sekolah Kebangsaan Hosba terlibat dalam perluasan kelas Pra sekolah.Warga sekolah terdiri dari 35 orang guru, 4 orang guru j-QAF dan 8 orang bukan kakitangan guru.

 

                       

         

                                      


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: